Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Food Review : Crab Factory Original Louisiana Boil Di SS2 Petaling Jaya

$
0
0
Peminat Ketam dan makanan laut seperti udang, yabbies, sotong sekitar Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Selangor, anda mungkin boleh cuba citarasa terbaru masakan makanan laut ini di Crab Factory : Original Louisiana Boildi SS2 Petaling Jaya, Selangor. Di restoran Crab Factory SS2 ini menyediakan menu yang unik untuk ketam, udang, sotong, yabbies dan beberapa menu lain yang akan membuatkan anda teruja dengan restoran Crab Factory ini.







Di Crab Factory SS2 Petaling Jaya ini mereka menyediakan menu anda dengan cara unik. Cara yang memang tidak akan anda jumpa di Malaysia yang mana anda akan diebrikan apron plastik dan alas meja plastik. Dalam masa yang sama makanan yang anda order akan dimasak dan diletakkan di dalam plastik khas dan digaul dengan perencah pilihan anda.

Semudah 1,2,3 dan 4, anda cuma perlu Pertama, pilih menu masakan laut mana yang anda mahu. Kedua, pilih sos kegemaran anda. Ketiga pilih tahap kepedasan yang anda mahu dan Keempat, pilih Add-On side order yang akan dimasak bersama masakan utama anda.








Anda boleh lihat sendiri pilihan harga yang dijual di restoran Crab Factory ini dan boleh pilih ketam, udang, siput, sotong yang anda mahu. Semuanya segar dan 'fresh' dari akuarium bagi memastikan anda mendapat rasa yang betul-betul segar.

Selepas pilihan dibuat, masakan anda akan siap sedia dalam masa beberapa minit dan sedia di hidangkan di atas meja anda. Dengan menu-menu yang segar terhidang di atas meja, siapa lagi mampu tahan. Memang menggiurkan. Lihat sahaja Ketam, Udang, Sotong dan beberapa menu lain, memang sangat sedap...










MrJocko mencuba ketam, udang dan juga sotong yang dihidangkan. Pergh!!! Memang meletop. Untuk menu ketam, kami dihidangkan dengan rasa pedas yang tahap maksima. Isi ketam dengan rasa pedas memang merangsangkan. Udang pula di masak dengan tahap sederhana pedas. Rasa manis udang masih terasa dan terangkat. Sotong pula, digoreng dengan tepung, rangup tetapi tetap lembut. Semuanya sedap.




Jadi, jika anda ingin mencuba satu pengalaman makan yang berlainan dan unik, sila ke Crab Factory SS2 di Petaling Jaya. Menu-menu di sini disediakan oleh dua orang Chef Melayu yang berpengalaman dan memang pakar dalam masakan mereka. Walaupun menu sebegini agak baru, tetapi mereka memang terlatih dalam bidang masakan di Crab Factory SS2.

Anda boleh ke satu-satunya outlet Crab Factory di SS2 di alamat No 21, Jalan SS2/64, 47300 Petaling Jaya, Selangor atau maklumat lanjut di Fanpage Crab Factory SS2 atau website Crab Factory Original Louisiana Boil

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468