Awal Januari 2014, ramai kenalan MrJocko mengambil langkah berani untuk berhenti kerja di tempat lama dan berhijrah ke syarikat baru. Mereka impikan sesuatu yang lebih baik. Semestinya nak kehidupan yang lebih baik. Malangnya bukan semua berjaya.
Alkisah ada seorang rakan ini mengambil langkah untuk berhenti kerja kerana tidak tahan dengan gaji kecil, kerja yang banyak serta karier yang tidak jelas. Dia resign dan cadang nak buka perniagaan. Malangnya, tak sampai sebulan hidupnya semakin susah dan dibebani tanggungan yang berat.
Masalah beliau mungkin satu isu lain, tetapi MrJocko lihat rakan sekeliling yang selalu lepak minum, kerja sekali, rakan bertahun seakan mengambil kesempatan dan lebih banyak memperli, mengutuk dan mengata yang bukan-bukan. Nampak seperti tak ada seorang pun yang berminat nak bantu tetapi ramai yang seolah-olah berkata 'Padan Muka'.
Kenapa jadi sampai begini. Tak kira la siapa mereka, kalau rakan atau bekas rakan kita ditimpa masalah, apa salahnya kita membantu samaada dari segi wang, tenaga atau idea. Tolong sekadar mampu.
Jika tak mampu, tak perlu lah memburukkan lagi keadaan. Sedarla mungkin hari ini kita senang, esok lusa kita susah, agak-agak ada tak orang nak bantu kita???