Sewaktu perjalanan dari Sokcho, pusat pendaratan bot dan makanan laut di sebelah timur Korea Selatan, kami dalam perjalanan balik ke Seoul. Tetapi sebelum itu, kami akan singgah di Mount Soerak yang terkenal. Oleh kerana perjalanan dari Sokcho nak ke Mount Soerak agak jauh, kami singgah di YoungRangho Resort, sebuah hotel yang ada berdekatan daerah di Mount Soerak untuk bermalam.
Ada keunikkan di YoungRangho Resort ini. Kami diberitahu bahawa setiap bilik di sini mempunyai Lantai Khas yang mempunyai haba yang suam dan ia sangat sesuai untuk rawatan tulang belakang. Memang katil disediakan, tetapi, kami disarankan untuk mencuba tidur di atas lantai dengan beralaskan 'tilam nipis' seperti 'toto' dan merasai kehangatan lantai yang suam. Memang best, maklum la di sana waktu itu waktu malam mencecah 5 darjah celcius :)
Memang best tido atas lantai khas ini. Tak selembut tidur atas tilam empuk, tetapi dengan ada tilam nipis, buat MrJocko rasa selesa. Haba yang suam buat kita akan tidur lena dan hilang penat berjalan seharian. Untuk dapatkan bukti lantai itu mempunyai haba, MrJocko basuh stoking di waktu malam, dan letakkannya di atas lantai. Esok pagi jam 7.00am, stoking kering dan boleh di pakai... Jimat cahaya matahari... ekekeke
Waktu pagi di Youngrangho Resort memang best. Sejuk dan pemandangan mengadap laut yang sangat tenang. Tambah pula dengan adanya saki baki ketulan salji yang belum lagi cair, terasa macam memutih di tebing laut dan pokok-poko sekitar hotel. Rasa macam tak nak balik la,,, hahaha