Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Makanan Ala Steamboat Terkenal Di Korea Selatan

$
0
0
Makanan ala Steamboat sememangnya dah lama terkenal di Korea Selatan. Kalau di malaysia MrJocko tak pasti, tetapi MrJocko sendiri mencuba menu steamboat restoran ini sekitar tahun 2010 rasanya. Mungkin jenis ala Steamboat dah lama di malaysia, tetapi MrJocko tak pernah cuba, sekadar makan steamboat biasa, rebus sayur, bebola ikan, bebola ketam dan yang tepi jalan tu biasa la.

Kalau anda berada di Korea Selatan, khususnya di Seoul, banyak restoran yang menyediakan menu makananala Steamboat ini. Masalahnya, susah nak cari yang betul-betul halal. Walaupun secara asasnya orang Korea Selatan ni jarang makan daging kerana kepercayaan mereka, daging banyak membawa kepada masalah penyakit. Dan kalau mereka ditimpa penyakit, kos perubatan di sana memang mahal. Jadi, mereka ni lebih cenderung makan Ginseng, Kimchi dan juga makanan yang berasaskan sayuran.

Walaupun begitu, masih banyak kedai yang menjual makanan yang ada daging. Cuma seperti yang MrJocko cerita tadi, susah nak cari daging yang halal di sini selain restoran Pakistan dan kedai India Muslim.





Orang Korea Selatan suka makan setamboat untuk memanaskan badan mereka. Maklumla cuaca di tengah malam selalunya sekitar bawah 10 darjah Celsius, jadi mereka suka lepak makan steamboat di restoran. Selalunya mereka akan berkumpul di kawasan restoran steamboat dan pilih menu seafood dan sayuran untuk makan malam mereka.

Sepanjang 5 hari 4 malam di Korea, kami sempat singgah di satu Restoran sahaja yang menyediakan masakan Halal untuk steamboat. Lokasinya berdekatan dengan Mount Sorak. Tengok menu yang MrJocko makan, sayur, tauhu dan juga seafood direbus tawar dan di cicah kicap.





Makan steamboat di waktu sejuk memang best. Bayangkan kami makan tengahari di dalam keadaan suhu sekitar 15 darjah celcius, makan steamboat buat badan rasa panas sikit. Mungkin itu lah rasa orang Korea Selatan bila makan steamboat ni.

Kat Malaysia pun banyak dah lokasi restoran steamboat. Biasa kita lihat orang singgah makan pada waktu malam kerana bila malam, cuaca sejuk sikit. Bila layan steamboat memang best. Nasi baik kat sini banyak menu steamboat halal, jadi boleh la lepaskan nafsu makan steamboat yang membuak-buak. 

Kalau ada peluang ke Korea Selatan, cari la menu halal steamboat kat sana. Pengalaman makan steamboat di Korea Selatan akan menjadi kenangan terbaik untuk anda :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468