Ramai dah tahu rasanya isu Chef Wan, chef selebriti terkenal Malaysia yang komen pasal Nasi Lemak Bogel yang dihidangkan ketika dalam penerbangan KLIA ke Phuket. Chef Wan katanya tak puas hati dengan menu nasi lemak MAS.
Hari ni MrJocko lihat iklan di dada Harian Metro dari AirAsia. Antaranya berbunyi 'Nasi Lemak Lengkap'
Secara peribadi MrJocko setuju yang Nasi Lemak Pak Nasser atau Nasi Lemak dalam penerbangan Air Asia memang lengkap dan memang ada rasa sedap. Antara sebabnya ialah setiap hidangan Nasi Lemak sekarang dan bernilai RM12.00. Semestinya kualiti kena jaga.
Tetapi Nasi Lemak Bogel dalam penerbangan MAS ramai yang anggap ia percuma sedangkan ramai yang terlupa bahawa tiket yang lebih mahal kita bayar untuk penerbangan MAS sudah termasuk dengan pakej Nasi Lemak tersebut. Jadi, nasi lemak MAS rasanya bukan percuma atau complimentary, ia sudah termasuk dalam bayaran tiket anda.
Setuju juga kalau Chef Wan komen pasal nasi lemak MAS ni, at least ramai yang buka mata. Kalau orang biasa komen, rasanya tiada siapa yang kisah.
Bulan ni MrJocko nak naik flight dari KLIA ke Kota Bharu, harap-harap dapat lihat Nasi Lemak Bogel MAS dalam penerbangan. Kalau ada peluang dan masa MrJocko akan share gambar 'bogel' tersebut. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok gambar bogel menggiurkan itu. Hahahaha...