Untuk anda yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, anda akan menyambut hari cuti umum pada 1 Februari 2014 ini. Oleh kerana cuti umum ini bertindih dengan hari cuti umum Tahun Baru Cina pada 31 Januari dan 1 Februari 2014, maka anda akan dapat cuti tambahan pada 3 Februari 2014 sebagai cuti ganti Hari Wilayah.
Untuk anda yang ada saman DBKL, boleh ambil kesempatan ini untuk bayar saman anda di kaunter DBKL berdekatan. Ada diskaun untuk semua saman berkaitan DBKL serendah RM30 sahaja. Bawa notis saman anda dan bayar diskaun ini sementara masih ada peluang.
Tema sambutan Hari Wilayah 2014 ialah "Wilayah Persekutuan Ceria" bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Menjadi aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang ingin menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai sebuah bandar yang ceria dalam aspek persekitaran yang bersih serta indah, kemudahan perumahan yang kondusif dan selamat, sistem pengangkutan dan jaringan lalulintas yang sistematikdan berteknologi tinggi.
Banyak aktiviti menarik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Jom ambil kesempatan ini untuk raikan Hari Wilayah bersama keluarga.