Ramai rasanya yang tahu istilah bateri kong. Dalam bahasa lain, bateri dah tidak mempunyai sumber tenaga samada kehabisan atau dan rosak. Apa nak buat bila bateri kong? Lebih-lebih lagi bateri kereta atau motorsikal.
Perkara yang pertama bila (memang sahih) bateri kereta atau motorsikal anda kong ialah dengan mencari kabel positif dan negatif untuk tujuan recharge guna kereta atau motorsikal yang di hidupkan enjinnya. Kabel ini biasanya dikenali sebagai kabel 'jumper'. Biasanya kabel ini berwarna merah (positif) dan hitam (negatif).
Jika masih lagi tidak menunjukkan apa-apa perubahan, anda mungkin perlu ganti bateri yang baharu atau satu cara lagi, bawa bateri tersebut untuk di recharge di kedai charge bateri berdekatan.
Kalau kenderaan anda tersadai tepi jalan disebabkan bateri kong, mungkin cara terbaik towing ke workshop. Kalau tersadai dan tak menyebabkan kesesakan lalulintas, mungkin anda boleh bawa bateri untuk di recharge. Ini kerana, biasanya untuk full recharge bateri kereta memakan masa 3 jam.
Macam kes bateri kereta MrJocko, bateri tu dah kehabisan tenaga rupanya. Jadi, masih boleh dihantar untuk recharge. Kalau beli baru, bateri kereta seperti ini sekarang bernilai RM280++, tetapi dengan hanya recharge, MrJocko cuma bayar RM10 sahaja. Jimat kan?
Alhamdulillah, selepas 3 jam recharge tadi di kedai berdekatan, bateri kereta ini bukan bateri kong lagi. Dan boleh guna dan boleh menghidupkan kereta.
Jadi kalau selepas ini, bila bateri kereta anda kong atau tidak berfungsi, cuba dulu untuk recharge. Mana tahu ia masih berfungsi dan anda boleh gunakannya untuk beberapa bulan lagi. Jimat lebih RM250 untuk bateri kereta yang baru, memang sesuatu yang menggembirakan semua orang...