Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kelas Melukis Anak-Anak

$
0
0

Memandangkan semalam, cuti umum untuk Hari Thaipusam, kitaorang duduk kat rumah jer layan TV dan kucing. Malas nak keluar takut tersekat dalam kesesakkan lalulintas. Biasanya musim Thaipusam sekitar Gombak dan kawasan sekitar termasuk Jalan Kuching sesak teruk. Jadi, tak nak pening-pening, kami stay kat rumah jer.

My kids pulak, MrJocko suruh buat kerja sekolah. Nasib baik tak banyak. Jadi mereka siapkan awal. Dari tak ada apa-apa aktiviti, MrJocko suruh kakak dan adik buat lukisan. Kira mereka masuk kelas Lukisan yang dibuat oleh Daddy diorang la kot, hahaha...

 

Kelas Melukis Kanak-kanak

 

Kelas pertama, tajuk 'Butterfly'. MrJocko bagi satu gambar Rama-rama dan suruh mereka tiru dengan ikut teknik yang mudah dan cepat. Alhamdulillah, mereka boleh buat. Antara kakak dan adik, nampaknya si adik, Hasya lagi pandai melukis berbanding si kakak, Khalisha.

Sebenarnya, apa yang MrJocko baca, melukis ni sebenarnya bagus untuk melatih otak kiri dan daya kreativiti. Kalau anda seorang yang bijak pandai dalam pembelajaran akademik, perbanyakkan melukis atau libatkan diri dalam 'seni lukisan atau seni kreatif' kerana ia akan membantu anda membuah keputusan kemudian hari bukan sahaja berdasarkan logik, tetapi keputusan yang berdasarkan logik dan kreatif.

Tak ramai yang pandai memanipulasi otak kiri ini, jadi kalau anda berjaya menggunakan banyak otak kiri, anda mungkin di anugerahkan kreativiti yang tinggi. Nak train otak kiri, belajar la melukis, sikit-sikit pun ok, janji melukis. InsyaAllah otak kiri anda akan berfungsi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468