Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pirates Show Di Sea World Gold Coast

$
0
0
Antara pengalaman yang tidak mungkin MrJocko lupakan ialah ketika percutian ke Gold Coast, Queensland, Australia. Lokasi sepanjang Main Beach atau Surfers Paradise memang lokasi pantai yang cantik dan terbaik. Di kawasan ini ada terletaknya satu taman tema yang dikenali sebagai Sea World.

Dalam Sea World Gold Coast  sebenarnya banyak lokasi dan tarikan menarik. Antara yang anda wajib tonton ialah persembahan Lanun atau Pirates Show. Dalam persembahan ini anda akan lihat cerita aksi pendek tentang kisah Lanun yang ingin merompak harta karun yang dipunyai oleh sebuah kapal.

Sepanjang aksi ini, anda akan lihat aksi stunt dan akrobatik dari pelakon-pelakon Pirates Show ini. Ia sesuatu yang sangat mengujakan melihat aksi yang hebat seperti aksi dalam TV atau Filem di depan mata. Mereka memang professional dan aksi yang mereka buat bukan senang.










Persembahan hebat ini biasanya dipertontonkan hanya sekali setiap hari. Masa MrJocko sampai di sini sekitar jam 12.30 tengah hari, mereka baru sahaja mulakan aksi Pirates Show ini. Mungkin kerana ia memerlukan stamina dan aksi yang serius, persembahan ini dibuat sekali sahaja dalam masa satu hari. Apa pun, jangan risau, anda boleh menonton aksi lain di Sea World seperti Pet Detective, Dolphin Show dan juga pertunjukkan lain.

Untuk memudahkan anda mengikuti persembahan yang disediakan, anda boleh lawati laman web Sea Worlds Australia untuk maklumat lanjut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468