Hari kedua kami, satu bas kami dibawa ke Shangrila Farm Resort di Yilan. Di sini ia umpama kawasan tanah tinggi menyerupai kawasan Cameron Highlands. Namun di bulan Mei, kawasan Yilan ini tidak la sesejuk biasa. Pun begitu ada la juga rasa dingin, lebih-lebih lagi waktu malam.
Ada banyak yang menarik di Shangrila Farm Resort Yilan ini kerana ia sangat berbeza dengan hotel-hotel lain di taipei. Antara yang sangat MrJocko kagum, di restoran Shangrila Farm Resort Yilan, terdapat satu bahagian dapur masakan dan ruang makan khas untuk masakan HALAL Sahaja. Nanti MrJocko kongsi info pasal ni.
Makan malam dan sarapan pagi memang menyelerakan bila dihidangkan dengan masakan Halal. Tiada ragu-ragu. Ruang bilik yang besar dimana setiap bilik disediakan 2 katil bersaiz Queen. Ada sejadah dan penanda arah Kiblat di dalam bilih, punyai Wifi Percuma dan juga ada banyak aktiviti selepas waktu makan malam termasuk Persembahan Kebudayaan, Permainan Gasing, Buat Kuih dan juga permainan Tanglung dan Bunga Api. Sangat meriah. Cerita pasal aktiviti ni akan menyusul kemudian.
Jika anda ke Taipei, cuba ambil peluang untuk ke Shangrila Farm Resort Yilan. Khabarnya persembahan kebudayaan itu akan diadakan pada setiap malam khusus untuk pengunjung hotel. Memang meriah dan anda akan dapat pengalaman yang baru di Shangrila Farm Resort Yilan.