Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kari Kepala Ikan Restoran Deen Berjaya PD

$
0
0
Antra menu yang sangat popular di Malaysia ketika ini ialah Kari Kepala Ikan. Banyak jenis Kari Kepala Ikan yang anda boleh jumpa dan ia berbeza mengikut cara masak dan cara hidangan restoran. Yang paling terkenal, semetinya Kari Kepala Ikan Mamak.

Di Port Dickson, terdapat sebuah restoran Kari Kepala Ikan terkenal di bandar tersebut. Anda boleh cari Restoran Deen Berjaya yang terletak di Jalan Lama Bandar Port Dickson, berdekatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Lokasi Restoran Deen Berjaya ini berada di tepi jalan dan mudah di cari.





MrJocko singgah di sana sewaktu makan tengahari. Menu Kari Kepala Ikan kat sini memang pekat. Lihat saja kuah kari yang pekat itu, sangat menggiurkan. Di tambah dengan Ayam Goreng dan juga Sotong Goreng, makan tengahari MrJocko di Restoran Deen Berjaya memang terbaik la.

Untuk hidangan kari kepala ikan size seperti ini, biasa dikenakan charge sekitar RM50-RM80. Biasanya ikut jenis saiz dan ikan. Size sebesar ini sebenarnya boleh dimakan untuk 4 orang dalam hidangan yang sederhana. Tak perlu berebut kerana memang cukup kalau nak makan berempat.

Jadi, bila anda berada di Port Dickson atau bercuti ke sana, jangan lupa singgah makan bersama rakan atau keluarga. Sesekali makan menu kari kepala ikan memang 'terangkat' la...

Rasanya dah banyak kali juga MrJocko kongsi pasal menu Kari Kepala Ikan yang best sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh lihat entry pasal Kari kepala Ikan di sini :
1. http://www.mrjocko.com/2013/01/meleleh-air-liur-tengok-kari-kepala-ikan.html
2. http://www.mrjocko.com/2007/08/kari-kepala-ikan.html
3. http://www.mrjocko.com/2013/12/kari-kepala-ikan-restoran-pen-mutiara.html

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468