Hari ni, 2 Januari 2014, hari pertama persekolah bagi kedua-dua anak gadis MrJocko. Si Kakak sudah melangkah ke Darjah 3 dan adik baru masuk Darjah 1. Sebab itu, tahun ni juga tahun kerja keras kerana kita sebagai ibubapa akan cuba berikan peluang pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak kita. Cita-cita MrJocko nak hantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina akhirnya tercapai.
Alhamdulillah, masing-masing excited nak ke sekolah. Adik dah pergi hari orientasi pada 31 December 2013 dan kakak tak ada masalah kerana dah biasa dengan sekolahnya. Kakak yang lebih tua, menjadi 'tour guide' kepada adiknya menerangkan lokasi bilik guru, pejabat, kantin, toilet dan bilik-bilik lain. Si adik menurut sahaja.
Nampaknya tahun ni, schedule kerja MrJocko akan bertukar dan mungkin kena sesuaikan dengan perjalanan masa sekolah anak-anak. Kalau boleh, setiap pagi memang nak hantar anak-anak ke sekolah dan jemput pulang. Itu yang lebih baik, tetapi tak boleh la selalu, kerana jadual kerja MrJocko pun tak selalu sama.
Perjalanan hari pertama persekolahan sesi 2014, penggal pertama berjalan lancar. MrJocko hantar kakak ke sekolah dan Wife hantar adik ke sekolah. Semua ok. Harap-harap anak-anak happy bersekolah kat sini, walaupun cabaran belajar Mandarin tak semudah yang kita lihat. Kami sendiri sebagai ibubapa pun terpaksa luang masa setiap malam untuk kerja rumah anak-anak. Itu semua cabaran yang MrJocko dan wife alami bila hantar anak ke sekolah aliran Cina.
Harap tahun 2014 juga memberikan peluang yang lebih baik kepada anak-anak. Selepas ni, ada rezeki, boleh tambah peluang untuk Tuisyen dan kelas-kelas tambahan yang lain. Zaman sekarang, setakat belajar biasa memang tak cukup, kena ada effort untuk perkasa kan ilmu anak-anak.