Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Tempat Menarik Di Malaysia : MrJocko Part 1

$
0
0



Tahun Melawat Malaysia 2014 merupakan tahun yang akan membawa ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Sebab itu, MrJocko nak kongsi tentang informasi tentang lokasi pelancongan yang ada di negara kita Malaysia.

Ada banyak lokasi menarik ada di Malaysia sehinggakan banyak tempat tempat menarik ini terkenal di serata dunia seperti Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Taman Negara, Gunung Kinabalu, KLCC dan banyak lagi destinasi lain.

MrJocko nak share beberapa tempat tempat menarik pilihan MrJocko dan sudah berkesempatan melancong ke sana. Antaranya :

Ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur

Sememangnya banyak lokasi menarik yang anda boleh lawati di Kuala Lumpur. Samada anda seorang yang minat kepada pemandangan, bangunan, makanan serta sejarah, Kuala Lumpur punyai banyak lokasi pilihan. Boleh baca di entry MrJocko ini :-

Pulau Langkawi, Kedah

Menjadi salah satu Pulau Bebas Cukai menjadi kelebihan bagi Langkawi untuk berkembang sebagai satu lokasi pelancongan yang semakin pesat. Ramai pelancong datang dari jauh semata-mata ingin melawat Pulau Lagenda ini. Ada banyak entry pasal Langkawi pernah MrJocko kongsi dan anda boleh lawati kat sini :-


Genting Highland, Pahang

Pusat pelancongan yang paling tinggi di Malaysia. Mempunyai banyak daya tarikan termasuk taman tema indoor dan outdoor. Lokasi penginapan yang sejuk dan dingin ini sememangnya menarik ramai pelancong ke pusat peranginan yang sejuk ini.

Kota Kinabalu, Sabah

Sabah Negeri di Bawah Bayu sememangnya punyai banyak lokasi hebat. Paling terkenal semestinya Gunung Kinabalu. Bukan senang nak panjat Kinabalu, tetapi tidak mustahil. MrJocko pernah sampai puncak sekali. Selain Kinabalu, ada banyak lokasi seperti makanan seafood, Kera Proboscis dan pemandangan laut yang cantik di Semporna dan Taman Negara TAR.

Kuching, Sarawak

Bandar Kuching juga tak kurang hebat kerana ia banyak destinasi menarik yang tak ramai ketahui. Anda boleh pilih ke Semenggoh Orang Utan melihat haiwan unik ini atau ke sempadan Serikin untuk membeli belah barangan murah seperti baju, tikar rotan dan pelbagai barangan cenderahati.

bersambung...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468