Sebenarnya blog EatTravelicious.com ini sudah MrJocko buat pada awal tahun 2013 lagi. Cadangnya nak asingkan gambar-gambar dan info ringkas tentang menu makanan yang pernah MrJocko cuba samada ia melalui event, food review, trip atau masa makan MrJocko dan keluarga.
Dengan blog EatTravelicious ini, MrJocko akan share pasal makanan sahaja. Tiada entry panjang, hanya info ringkas tentang nama menu, harga dan lokasi. Untuk maklumat lanjut, anda mungkin perlu Google dan dapatkan maklumat panjang lebar dari info lain. Di EatTravelicious, MrJocko cuma berkongsi sebagai pengenalan sahaja.
Bagi anda yang berminat dengan makanan, anda boleh follow Fanpage http://www.facebook.com/mytravelicious atau Twitter @traveliciousmy atau Instagram @mytravelicious
Semoga perkongsian ringkas tentang menu-menu yang pernah MrJocko rasa ini menjadi sedikit panduan dan maklumat untuk anda semua. Jangan lupa follow blog www.eattravelicious.com. Terima kasih.