Mungkin ada yang belum berkesempatan untuk singgah di Bukit Bendera atau Penang Hill. Kalau anda sudah berada di Pulau Pinang, tidak lengkap lawatan anda kalau tidak ke Bukit Bendera. Ia merupakan lokasi wajib kepada semua pelancong untuk pengalaman berada di puncak tertinggi di Pulau Pinang dan menikmati pemandangan Pulau Pinang dari puncak.
Harga tiket untuk naik ke Bukit Bendera, Pulau Pinang ialah Dewasa dan Warga Emas RM8.00, Kanak-kanak umur 4 - 12 tahun dan Pelajar RM4.00. Untuk Pakej Keluarga 2 Dewasa 1 Kanak-kanak RM17.00, Pakej Keluarga 2 Dewasa 2 Kanak-kanak RM18.00 dan Pakej Keluarga 2 Dewasa 3 Kanak-kanak RM19.00.
Untuk bukan pemegang MyKad, mereka dikenakan tiket Dewasa RM30.00 dan Kanak-kanak RM15.00. Mereka juga boleh mendapatkan pakej keluarga bermula dari RM65.00 sehingga RM75.00. Pun begitu, untuk semua warga istimewa dan orang kurang upaya (OKU) mereka dikecualikan dari sebarang bayaran tiket.
Ada banyak aktiviti lain dan tarikan seperti taman mini, bergambar bersama ular, peluang memotret lukisan jalanan, cafe dan restoran dan banyak lagi.