Sebenarnya memang dah lama MrJocko nak singgah di Lebuh Armenian di Pulau Pinang untuk menyaksikan sendiri tarikan karya seni terbaru di sini iaitu Lukisan Jalanan atau Street Art. Dari hanya satu, kemudian dua, seterusnya ia di komersilkan pada tahun 2012 dan kini di sekitar Lebuh Armenian mempunyai hampir seratus Street Art yang menarik.
Banyak lukisan yang menarik perhatian kat sini seperti Kids On Bicycle, Kid on Chair, Old Motorcycle, Minions, Skippy Cat, Bruce Lee, Magic dan banyak lagi.
Yang uniknya lukisan jalanan ini yang dulunya dianggap 'vandalism' kini berubah menjadi lukisan seni atau street art yang menjadi icon bandar Georgetown. Ramai pelancong semakin mengagumi lukisan-lukisan ini. Ia sudah menjadi tarikan utama pelancong ke Pulau Pinang.
Banyak lukisan mural, lukisan dinding, seni arca besi yang di letakkan sekitar bandar Georgetown. Anda pasti akan terpesona dengan beberapa lukisan yang sangat unik dan berbeza dengan lukisan yang pernah anda lihat sebelumnya.
InsyaAllah dalam entry selepas ini, MrJocko akan berkongsi gambar-gambar lukisan jalanan atau street art di sekitar Lebuh Armenian Georgetown ini.