Memandangkan kebelakangan ini banyak isu yang ditimbulkan perihal sambutan perayaan masyarakat yang beragama selain Islam, maka kat sini sekadar nak berkongsi apa hukum orang Islam memakai topi Santa Claus dalam meraikan sambutan Krismas.
MrJocko sertakan kat sini sedikit video clip khutbah Jumaat oleh Ustaz Dr Abd Basit yang menerangkan bahawa Haram seseorang Islam memakai Topi Santa Claus kerana ia akan memberikan persepsi bahawa seumpama seseorang itu mengiktiraf perayaan agama Krismas ini.
Nak lebih faham lagi tentang hukum hakam ini, boleh rujuk kepada Ustaz atau mereka yang arif. MrJocko sekadar berkongsi maklumat untuk pengetahuan kita semua.
Harap kita dapat pencerahan dan faham apa hukum orang islam memakai topi Santa Claus.