Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Avillion Port Dickson, Antara Chalet Dan Villa Terbaik

$
0
0
Avillion Port Dickson Negeri Sembilan sudah beberapa kali memenangi awards dalam beberapa kategori pilihan berkaitan dengan hotel dan resort serta perlancongan. Chalet dan Villa yang dibina dalam kawasan seluas 23 ekar ini mempunyai binaan sebanyak 240 bilik chalet dan villa yang berasaskan rumah lama perkampungan nelayan.

Avillion Port Dickson dibina di persisir pantai dan di atas laut ini untuk memberikan kelainan kepada pengunjung hotel menikmati pengalaman terbaik, mewah dan selesa ketika menginap di Avillion Port Dickson. Bila anda berada di water chalet ini, anda akan tenang mendengar deruan ombak sepanjang hari dan malam, sesuai untuk masa rehat dan percutian anda samada bersama rakan atau keluarga.






Ada banyak aktiviti jika anda berada di Avillion Port Dickson ini termasuk memancing, sukan air, jungle tracking, kolam mandi kanak-kanak dan dewasa, melihat burung liar, bermanja di SPA dan macam-macam lagi. Anda sudah pasti tidak akan puas kalau singgah di Avillion Port Dickson ini.

Boleh kata sepanjang chalet dan villa di Avillion Port Dickson ini anda akan melihat beberapa haiwan yang jinak seperti ayam serama, arnab, burung dan juga burung merak yang memang sengaja dibiarkan berkeliaran di sekitar Avillion Port Dickson untuk suasana 'alam semulajadi' yang sebenar. Anak-anak anda boleh bermain dengan arnab dan ayam  serama, manakala orang dewasa boleh memerhati keindahan alam semulajadi, burung liar dan juga kecantikkan burung merak di Avillion Port Dickson.







Di Avillion Port Dickson juga ada menyediakan pakej melangsungkan perkahwinan, meeting, conference dan juga penggunaan dewan untuk apa-apa aktiviti dalam bentuk kumpulan. Pelbagai pakej menarik disediakan setiap bulan untuk pengunjung dan Avillion Port Dickson menawarkan harga terbaik mereka untuk semua.

Harga bilik chalet dan villa di Avillion Port Dickson ini bermula dari RM450 bagi 2 hari 1 malam dan ia menawarkan pakej bilik untuk 2 orang berserta sarapan pagi. Untuk reservation Avillion PD ini anda boleh book online di sini Avillion Port Dickson Reservation Online. Untuk pakej bersama keluarga dan lebih menarik, boleh layari Avillion Port Dickson Promotion Online.





Avillion Port Dickson menawarkan pelbagai pilihan chalet dan villa untuk pengunjung termasuk Garden Chalets, Water Chalets, Premium Water Chalets, Villa Beach Studios dan Villa Beach Rooms. MrJocko diberi peluang menginap di Water Chalets yang mempunyai 2 katil single dan satu Sofa Bed yang sangat menarik.

Setiap Water Chalets ini mengadap ke laut dan ia memberikan pengalaman bermalam di atas laut bersama deruan ombak, ia sesuatu percutian yang sangat menarik. Pemandangan matahari pagi serta matahari terbenam sememangnya sesuatu yang anda akan nantikan kalau berada di Avillion PD ini.

Kemaskan barangan anda, bawak keluarga atau rakan-rakan, singgah lah di Avillion Port Dickson untuk pengalaman percutian anda. Mudah sahaja nak cari lokasi Avillion Port Dickson ini kerana ia berada di tepi jalan besar menuju bandar Port Dickson dari Teluk Kemang dan ia betul-betul terletak di tepi pantai. 

Selamat bercuti di Avillion Port Dickson.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468