Pertama kali ke sini, Amverton Cove Golf & Island Resort memang menarik perhatian. Lokasi Amverton Cove ini terletak atas sedikit dari pekan Teluk Panglima Garang dan ia menghala ke kawasan Pulau Carey. Nak mudah, cari sahaja lokasi Pulau Carey, insyaAllah anda boleh jumpa Amverton Cove ini.
Untuk kali ini, MrJocko ke sini untuk menyertai Pertandingan Golf BNM rangkaian sahabat anjuran Alumni BNM dan ia diadakan pada sebelah petang. Cuaca terang sesangat dan memang hari ini cuaca penas dan kering. Game kali ini memang menguji ketahanan fizikal sebagai pemain golf.
Konsep permainan kali ini menggunakan Sistem Stableford. Mudah dan senang nak kira. Kali ini MrJocko bermula di Tee Box 3 dan berakhir di Tee Box 2 selepas 3 jam 30 minit kemudian. Sangat penat dan kekeringan. Panas memang menyengat. Adusss.
Rate harga untuk permainan 18 Lubang dan Kedi kat sini MrJocko tak pasti kerana semua kos dah bayar awal-awal dan sebahagiannya ditaja oleh penaja-penaja yang sangat bermurah hati. Yang pasti kalau anda seorang pemain Golf, anda mesti cuba lapangan golf di Amverton Cove ini.
Pengalaman bermain golf di padang Amverton Cove ini memang terbaik. Bukan senang nak ke sini dan bermain dalam satu kumpulan yang besar. MrJocko sangat berpuas hati. Puas hati dengan goodies, puas dengan permainan, enjoy, puas dengan hadiah dan puas dengan penganjur. InsyaAllah, kalau ada peluang nak cuba sekali lagi bermain di Amverton Cove Golf & Island Resort.