Bulan Februari lepas, MrJocko dan keluarga sama-sama bercuti ke Jakarta dan menginap di sekitar Pasar Baru, Jakarta. Hotel pilihan MrJocko semestinya Tune Hotels kerana harga yang murah, servis terbaik bertaraf 5 bintang.
Kami sempat menginap di sana selama 2 hari selepas shopping di Bandung dan pusing-pusing di bandar Jakarta. Kami memilih untuk menetap di bilik sederhana dengan 2 katil single. Cukup untuk kami dan anak-anak. Agak selesa dengan kemudahan TV, WiFi dan juga kelengkapan bilik air.
Dua katil single yang disediakan agak selesa dengan kemudahan selimut dan bantal. Bilik air pun disediakan dengan menggunakan pancutan air yang tinggi dan semestinya air panas.
Ruang lobi hotel juga agak sederhana tetapi sesuai dengan keadaan Butik Hotel seperti Tune Hotels ni. Pendek kata, servis di Tune Hotels Pasar Baru memang best. Lokasinya cuma 1 minit perjalanan ke Pasar Baru Jakarta di mana lokasi membeli belah terkenal di Jakarta.
Kalau nak ke Mangga Ddua, anda perlu menaiki Teksi dan jarak cuma 2 kilometer sahaja. Dekat kan?