Selepas MrJocko kongsi gambar-gambar makan di Restoran D'Oasis Port Dickson bulan lepas, ramai rakan bertanya kat mana lokasi Restoran Nasi Arab di Port Disckson itu. Kalau nak mudah, anda boleh cari lokasi Restoran D'Oasis PD Nasi Arb ini berdekatan dengan bangunan Marina Beach Resort di Jalan PDS2, PD Sunggala Gateway. Lokasi kedua restoran ini boleh di lawati di PD Waterfront. Pilih sahaja lokasi mana anda mahu.
Menu utama di restoran D'Oasis PD ini menyediakan masakan nasi arab dan lauk pauk masakan arab. Tukang masak utama mereka sememangnya sudah lama berpengalaman dalam masakan Arab dan sudah begitu mahir tentang menu-menu masakan negara timur tengah ini.
Menu yang MrJocko cuba malam itu ialah Nasi Arab dan Kambing Kuzi dilimpahi Nasi yang sangat sedap. Anda boleh rasa beza kesedapan Nasi Arab yang di masak dan punyai keunikkan tersendiri kerana di D'Oasis mereka menggunakan beras yang bermutu tinggi dan mahal untuk kepuasan pelanggan. Pun begitu, kalau anda nak tahu, harga makanan kat sini sangat berpatutan. Cukup la MrJocko beritahu, harga minuman Jus Buahan cuma sekitar RM3 sahaja, berbanding lokasi restoran lain yang berharga sekitar RM5 untuk segelas.
Lauk kambing yang di masak oleh tukang masak D'Oasis sangat sedap. Langsung tak ada bau dan rasa kambing masih asli. Di limpahi dengan timbunan nasi arab dan bahan-bahan sampingan membuatkan tak puas makan nasi arab kat Restoran D'Oasis.
Jadi, kalau anda berada di sekitar Port Dickson atau bercuti ke Port Dickson, ambil peluang untuk mencuba masakan nasi arab dan lauk pauk dari negara timur tengah ini. Anda pasti teruja dan akan berpuas hati.
Glamorous MrJocko