Hari pertama kami, untuk makan malam Tourism Authority of Thailand membawa kami ke sebuah salah satu restoran yang terkenal di daerah Langu ini. Restoran ini dinamakan Fasau Seafood terletak di sekitar pantai Pakbara. Nampaknya restoran Fasai Seafood ini ada kaitan dengan resort kami menginap Langka Beach Resort Pakbara.
Restoran Fasai Seafood ini merupakan restoran halal dan menyediakan banyak menu asli Thai yang memang sedap dan original. Untuk menu malam ini kami dihidangkan dengan menu Tulang Putih Ayam Goreng, Ikan Siakap Goreng Special, Sotong Goreng Halia, Sayur Goreng dan juga yang terbaik Udang Galah Masak Special.
ini ialah tulang putih ayam yang di goreng rangup,,, memang sedap :) |
Kombinasi lauk pauk yang dihidang di restoran Fasai Seafood Pakbara ini memang terbaik. Lauk ikan siakap goreng ini nampak berbeza cara penyediaannya dengan restoran di Kuala Lumpur. Lauk sotong masak halia juga ada sedikit perbezaan, sedap dari biasa. Yang paling best, Udang Galah yang dimasak istimewa. Ia seperti dibakar dan rasanya memang segar dan sangat sedap.
Lokasi makanan halal yang mudah untuk anda semua cari sekitar pantai Pakbara di daerah Langu ini. Di sekitar ini punya banyak resort dan hotel budget untuk mereka yang menjadikannya transit sebelum dan selepas ke pulau-pulau sekitar Koh Lipe, Koh Adang dan sekitang Laut Andaman.
Kalau anda bergerak dari Padang Besar dan memandu sehingga ke Jeti Pakbara, sepanjang jalan mudah sahaja untuk mencari makanan halal. InsyaAllah kalau dalam jarak beberapa kilometer anda akan mudah mengenali kedai makan Muslim dan Halal dari Satun sehingga ke Pakbara.
Makanan yang disediakan sekitar restoran halal di sini memang sedap. Ia mempunyai keunikkan tersendiri dan setiap restoran mempunyai menu masakan mereka yang tersendiri, asli dan sedap. Ambil peluang bercuti ke Satun dan sekitar pulau-pulau di sini seperti Pulau Koh Lipe, Koh Adang, Koh Rawi, Koh Khai dan banyak lagi pulau-pulau yang menarik samada untuk menikmati keindahan pulau atau datang ke sana untuk aktiviti memancing.
Jom travel ke Thailand, Amazing Thailand.