Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Dua Keping Cek Payment Dari Nuffnang

$
0
0

Selepas siap mandi semua pagi ni, buka emel tengok ada notification dari HSBC. Rupanya payment untuk previous job dah masuk dan cek bayaran sudah dihantar, Alhamdulillah. Seingat MrJocko ini kali kedua MrJocko menerima dua keping cek dalam satu masa. Ini semua hasil blog dan advertorial dari Nuffnang.

Tahun ni tahun kedua MrJocko aktif menerima advertorial dari Nuffnang, harap-harap tahun depan 2014, blog MrJocko akan terus menerima advertorial berbayar dari Nuffnang. Masuk tahun 2014, harap rate advertorial MrJocko akan naik dan lebih dari bayaran tahun ni 2013. Bukan nak demand sangat, tapi harap-harap ada kenaikkan 'komisen' yang lebih berbaloi untuk blog MrJocko.com.

 

 

Tahun 2013 banyak peluang baru yang MrJocko sertai dan sudah lebih 5 trip tajaan yang MrJocko dapat. Antaranya 2 kali bersama Resorts World Genting dengan keluarga, trip ke A'Famosa bersama keluarga, Food Trail Negeri Sembilan dan FAM Trip dengan Tourism Thailand. Ini semua juga antara hasil dari blog yang berbaloi dan akan MrJocko terima selagi ada tawaran.

Untuk yang baru berblog, teruskan usaha, jangan cepat putus asa. Banyak lagi peluang kat luar sana untuk anda. Kejayaan bukan boleh datang begitu sahaja, ada cabaran dan rintangan yang anda kena hadapi.

Untuk 2 keping cek bayaran pada bulan ni, Terima Kasih Nuffnang ;)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468