Antara salah satu sebab MrJocko suka kalau datang ke Thailand kerana banyak lagi barang-barang yang dijual di Thailand jauh lebih murah berbanding Malaysia. Lihat sahaja, baju, alatan dapur, tilam 'TOTO' dan makanan, kat Thailand memang murah.
Semalam MrJocko singgah di 7Eleven di sekitar Satun ini, sempat la beli 2-3 barang. Antaranya ialah ubat gigi, air susu dalam kotak, kopi 3-in-1 dan juga minuman tenaga Kratingdaeng. Percaya atau tidak kesemua ini hanya bernilai bawah Thailand Baht 49.90 sahaja. Bermakna sekitar RM5 sahaja. Ini harga jualan runcit di 7Eleven, agaknya mesti lebih murah kalau beli di kedai runcit biasa.
Sebenarnya rakyat Thailand memang masih bertuah kerana harga barang-barang di dalam negara mereka masih murah. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, mungkin MrJocko boleh buat perbandingan RM1 = Baht 6, bermakna, kita rakyat Malaysia bayar RM1 dan rakyat Thai bayar Baht 6 untuk nilai barang yang sama.
Apapun, memang MrJocko tak sangka yang harga di Thailand masih murah seperti tahun 2011 masa MrJocko datang ke Phuket. Harap, harga kat sini akan masih tetap murah supaya senang kami orang Malaysia nak shopping di Thailand lagi. Next trip, harap-harap Tourism Thailand bawa MrJocko ke Chiang Mai pulak. ;)