Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Review Hotel - The Howard Plaza Taipei

$
0
0


Hari pertama kami sampai di Taipei, kami di bawa menginap di The Howard Plaza Taipei. Untuk pengetahuan anda, Howard Plaza ni terletak betul-betul ditengah bandaraya Taipei dan ia hanya beberapa meter dari shopping mall SOGO Taipei dan LRT. Sangat senang kalau nak ke mana-mana.

Kalau anda mencari lokasi The Howard Plaza Hotel, boleh cari alamat No. 160 Section 3, Ren Ai Road, Daan District, Taipei City. Kalau beri alamat ini kepada Pemandu Teksi, InsyaAllah mereka boleh bawa tanpa masalah.




Walaupun bangunannya nampak bangunan lama, tetapi katanya The Howard Hotel Plaza ini berstatuskan 5  bintang. Dekorasi dalaman boleh dikatakan luas, ruang lobby yang besar dan punyai ruang Cafe dalam yang selesa. Howard Plaza Taipei ada dua pintu masuk dan juga punyai bilik-bilik yang amat selesa untuk anda rasai pengalaman bermalam di sini.

Setiap bilik mempunyai tab mandi dan bilik air yang kemas. Untuk kali ni, MrJocko menetap di bilik Standard Deluxe yang mempunyai 2 katil single dan 3 bantal yang empuk. Punyai LCD TV berstatus HD dan ada lebih dari 100 siaran samada dari Taiwan, China, ESPN dan juga siaran Jepun.






Di dalam bilik, mereka menyediakan mini bar, meja dan kerusi untuk tujuan buat kerja barangkali, 2 kerusi rehat serta almari dan kemudahan seterika yang cukup. Bak kata orang, boleh buat semua benda dalam bilik, tak perlu nak panggil Room Service. Semua ada di dalam bilik anda.

Harga bilik atau room rates The Howard Plaza ni MrJocko tak pasti kerana untuk trip ini, kami ditaja sepenuhnya. Kalau anda nak tahu harga bagi The Howard Plaza boleh semak di Howard Taipei.




Untuk kali ni, kami menetap selama 3 hari di sini. Best dan memang berbaloi. Nak jalan-jalan sekitar Howard Plaza memang mudah. Boleh naik teksi atau naik LRT saja. Dengar kata ada kawan naik LRT dari stesen berdekatan ke Zoo Taipei. Murah pulak tu.

Kalau anda satau keluarga atau melancong berdua, Howard Plaza memang sesuai untuk anda. Lokasi senang dan juga dekat dengan Halal Food. Nak ke Taipei 101 pun dekat, cuma bayar sekitar RM10 sahaja bagi satu perjalanan. Untuk review hotel Shangrila Farm Resort dan Novotel Taoyuan, tunggu entry akan datang. Bye.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468