Akhirnya tarikh yang ditunggu sampai jua. Masa entry ni auto publish jam 8.30 pagi, MrJocko on the way ke LCCT untuk sertai FAM Media Trip ke Satun dan Hatyai mewakili Majalah Libur sebagai Blogger jemputan. Alhamdulillah, kali ini kami memenuhi jemputan dari Tourism Authority of Thailand. Kali ini kami akan mengikuti trip 4 hari 3 malam ke sekitar Selatan Thailand iaitu Satun dan Hatyai.
Antara lokasi yang akan kami lawati ialah termasuk Thale National Park Thailand, salah satu kawasan Taman Negara Thailand yang terkenal sekitar Satun. Antara tarikan ke sini ialah tumbuhan khatulistiwa yang menghijau dan juga aliran sungai yang cantik.
Selain itu, di kawasan ini ada Gua yang terbesar di Thailand yang dikenali sebagai Phu Pha Phet. Lokasi gua ini memang berada dalam kawasan Taman Negara Thailand dan ia mempunyai struktur yang cantik dan unik.
Selain itu, di kawasan Thailand National Park ini ada aliran sungai yang sesuai untuk White Water Rafting. Hari Rabu nanti MrJocko akan cuba aktiviti ini kerana ia terdapat dalam senarai itinerary trip kami ke Satun. Harap ia sesuatu yang best.
Hari ketiga, pada hari Khamis, kami akan ke Koh Lipeh, satu lokasi pantai yang sangat cantik di kawasan Satun. Dengar kata pantai Koh Lipeh ini menjadi tarikan pelancong seluruh dunia kerana kecantikkan pasir pantai dan landskap yang sangat menarik.
Selepas ke Koh Lipeh, kami akan menaiki bot dan akan menuju ke Koh Hin Ngam atau Black Stone Island. Kat sini punya banyak batu-bat kecil berwarna hitam dan berkilat, sesuai dengan namanya. Lokasi ini memang akan MrJocko pusing selama yang boleh untuk cari lokasi gambar-gambar yang menarik untuk di kongsi. Lokasi pulau yang banyak batu, berbeza dari pulau biasa yang banyak pasir pantai.
Nampaknya, semua lokasi tersebut belum MrJocko sampai dan InsyaAllah dengan keizinanNya, rezeki untuk melihat keindahan ciptaan Allah ini akan tercapai. Tak sabar untuk bersama-sama dalam Trip ke Satun dan Hatyai ini. Bagi yang nak melihat dan ikuti perjalan MrJocko, jangan lupa follow Twitter dan Instagram @MrJocko yer... :)