Cuti sekolah hujung tahun 2013 kami sekali lagi ke Resorts World Genting. Semua orang tahu, Genting Highlands antara lokasi percutian tanah tinggi dan paling sejuk di Malaysia. Pilihan kami semestinya di First World Hotel, salah satu hotel yang paling dekat dengan Taman Tema Genting Indoor dan Outdoor Park.
Di First World Hotel Genting, banyak pilihan bilik yang anda boleh pilih samada Standard Room, Deluxe Room, Superior Deluxe dan World Club Room untuk pengalaman penginapan anda di Genting Highlands. Anda boleh menempah bilik secara online atau walk-in ke Kaunter Lobby First World Genting. Tapi kalau tanya MrJocko, baik anda tempah secara online kerana mudah dan cepat.First World Hotel ialah salah satu hotel yang terbesar didunia dan ia dikelilingi oleh First World Plaza yang berkeluasan lebih 500,000 kaki persegi.
Kami sangat selesa bila berada disini dan senang untuk akses ke First World Plaza dan juga Taman Tema Genting. Samada anda menginap di Tower 1 atau di Tower 2, lokasi hotel First World ini memang sangat strategik. Dalam bilik disediakan Jug dan juga cawan untuk kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan bekalan air panas dan air minuman 24 jam sehari berdekatan bilik anda. Katil yang selesa dan 4 bantal enpuk untuk tidur anda. Bekalan air panas untuk mandian semestinya ada.
Musim cuti sekolah ni, kalau anda nak ke sana, baik tempah awal-awal di First World Hotel Booking Online. Mana la tahu kot-kot bilik penuh memandangkan musim cuti sekolah memang ramai yang bercuti ke Genting Highlands bukan sahaja orang Malaysia, tetapi dari Singapura, Indonesia, Thailand dan juga pelancong dari negara-negara Arab.
Selamat bercuti ke Genting Highlands, Pahang, Malaysia. Untuk sementara, Taman Tema Outdoor kini ditutup untuk kerja-kerja naik taraf pembinaan Twentieth Century Fox Theme Park.
Entry ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014