Semalam, MrJocko menunggu kawan dan juga klien di kawasan Bangsar Village. Kebetulan dah sampai sini, harus cari tempat makan best sementara menunggu klien datang. Perut pun lapar, jadi lokasi restoran tujuan ialah Wondermama di Bangsar Village. Kat Wondermama memang banyak menu sedap.
Pernah la beberapa bulan lepas singgah di Restoran Wondermama dengan rakan kerja Public Mutual. Masa tu MrJocko mencuba menu Nasi Goreng Daging yang memang sedap. Tambah pula dengan minuman Pandan Layer memang sangat sendap.
Tetapi kali ini MrJocko cuba menu ringkas iaitu Beef Burger. Untuk set beef burger di Wondermama ini berharga RM15.80 dan pelengkapnya ialah Hot Chocolate berharga RM8.00. Portion beef burger Wondermama tak la besar sangat tetapi ia mengenyangkan. Ada side kentang goreng dan juga sos kuah yang sedap, Yum Yum,,,
Rasa daging seperti diadun dan dibakar seperti rasa burger bakar, tetapi lebih unik mungkin kerana campuran sos tertentu. Sedap dan memang terbaik. Tak besar sesuai dengan saiz perut dan diet makan MrJocko. Ingat nak cuba benda lain, sekali dah tak larat. Rasa beef burger Wondermama memang sedap.