Sesuatu yang menarik dan unik kalau berkunjung ke A'Famosa Resort Melaka ialah pertunjukkan yang hebat di dalam Cowboy Town yang kini dikenali sebagai Old West Town. Di dalam Pekan Koboi buatan ini, ada banyak pertunjukkan yang menarik untuk pengunjung. Anda mesti teruja dengan permainan yang ada dalam Cowboy Town ini seperti Teater 4D, Permainan Bowling Cowboy Town, Taman Tema Kanak-kanak dan juga Fun Fair.
Tidak lupa tarikan utama ialah pertunjukkan Indian Show permainan Api, Karnival binatang dan juga pertunjukkan bunga api yang cantik pada setiap malam. Ia sesuatu yang hebat dan anda mesti cuba.
Masa MrJocko singgah di sana, Cowboy Town dihias dengan Tema Maxi Hallo. Pertunjukkan bermula dengan permainan api oleh Red Indian dan ia memang satu permainan api yang memerlukan latihan dan skil yang tinggi. Api yang panas itu disembur dan di telan begitu sahaja tanpa ada cedera atau luka??? Ketua Red Indian pada malam tersebut dinamakan Carlos. Dia dan kuncunya menunjukkan aksi skil bermain api yang hebat.
Selesai bermain api, Carnival binatang akan melintasi jalan utama dan penonton akan melihat pelbagai spesis haiwan akan membuat perarakan di jalan utama termasuk Burung Merpati, Ayam, Kambing, Gajah, Kuda dan banyak lagi. Perarakan ini termasuk stunt dan pelakon aksi yang membuat pertunjukkan setiap malam di Cowboy Town ini.
Di samping itu juga, penonton diberi peluang untuk memberi makan kepada bianatang seperti gajah, kuda dan juga mengambil gambar dengan seekor ular sawa albino sebagai kenagan di Cowboy Town. Sudah pasti binatang ini sudah dijinakkan dan anda tak perlu risau.
Persembahan di Cowboy Town berakhir dengan pertunjukkan bunga api yang sangat cantik dan meriah di perkarangan Cowboy Town. Ia merupakan upacara kemuncak dan penutup kepada persembahan tersebut. Ia memang pertunjukkan terbaik dan anak-anak MrJocko memang menyukainya.
Tamat pertunjukkan, pengunjung masih berpeluang untuk pusing sekitar cowboy town untuk melihat pertunjukkan dan bermain dengan permainan yang ada sehingga jam 11.00 malam. Kalau nak tahu persembahan Red Indian akan berlangsung pada jam 8.30 malam, Carnival jam 9.15 malam dan bunga api sekitar jam 10.00 malam.
Untuk bayaran masuk ke Cowboy Town anda boleh memilih pakej masuk dan set dinner bagi seorang dengan hanya RM40 sahaja. Bagi mereka yang nak menonton Teater 4D, anda boleh beli pakej RM50 termasuk pakej masuk ke cowboy town, dinner dan teater 4D, ia sememangnya lebih berbaloi kalau beli secara pakej.
Sempena cuti sekolah, apa lah, ini lah percutian musim cuti sekolah yang terbaik kalau ke A'Famosa Resort Melaka. Anda akan dapat bercuti dan bergembira dengan keluarga dalam satu lokasi yang sama. Ada cowboy town, taman tema air dan juga safari world. Anda pasti teruja dengan percutian anda di A'Famosa Resort Melaka.
Entry ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014