Hari pertama kami sampai di Taipei, sudah menunjukkan jam 8.30 malam waktu tempatan. Dari Airport, kami terus ke bandaraya Taipei dan ia memakan masa selama satu jam setengah. Rasanya jarak dari airport Taoyuan ke Taipei hampir sama sengan KLIA ke Kuala Lumpur.
Sampai di Taipei, kami terus di bawa makan ke Restoran Bismilla, salah satu restoran Halal di bandaraya Taipei. Restoran ini agak besar dan boleh memuatkan sehingga 80 orang pelanggan dalam satu masa. Menu yang dihidangkan masakan ala Thai dan ia di adaptasi dan di masukkan unsur masakan orang Taiwan.
Menu kami di Bismilla termasuk la Lobster, Ikan Siakap Stim, Udang Goreng, Sup Tomyam, Sayur Kubis, Kangkung, Kailan dan juga special Bubur Pulut Hitam. Rasa memang sedap dan masih punyai citarasa yang biasa kita makan di restoran masakan ala thai.
Harga makanan kat sini MrJocko tak pasti kerana kami ditaja sepenuhnya selama 4 kali singgah makan tengahari dan makan malam di sini. Yang pasti semua lauk yang disediakan adalah sedap-sedap belaka.
Kalau anda ke Taipei, mudah jer nak cari lokasi restoran Bismilla ni. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium Taipei. Nak lagi mudah, cari alamat Songshan Qu Taipei dan InsyaAllah anda akan dapat jumpa lokasi Halal Bismilla Restaurant ini.
Lokasi kedai ini juga berdekatan dengan Halal Restaurant Yunus. Nanti MrJocko cerita pasal Restoran Halal Yunus di Taipei yang terkenal itu.