Pengalaman menyertai program Negeri Sembilan Food Trail 2013 bersama media dan travel agent sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur memberikan MrJocko satu pengalaman baru. Kali ini teruja berpeluang bersama-sama satu group dengan Makan Guru Makansutra founder Mr KF Seetoh dari Singapura.
Siapa KF Seetoh dan apa dia Makansutra? Mungkin ramai dah tahu yang Makansutra ialah salah satu laman web yang fokus kepada penjelajahan menu-menu makanan di Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia dan banyak lokasi di seluruh Asia. Founder, writer dan boss Makansutra ini ialah Bro KF Seetoh yang merupakan kelahiran Singapura.
Apa yang unik tentang Makansutra berbanding laman web makanan atau penulis food blogger yang lain? Seetoh ni memang terkenal dengan trademark 'Suprise' ketika menerjah mana-mana lokasi menu makanan yang dia pilih sepanjang program beliau di Makansutra. Tiada temujanji, rakaman dan terjahan menu di gerai, restoran dan kedai makan secara spontan.
Ramai yang mengalu-alukan kedatangan beliau, tetapi ada juga seorang dua yang suprise Mr Seetoh balik dengan menghalau atau tidak membenarkan rakaman spontan dibuat. Namun, Mr Seetoh memang jenis macam tu, memang spontan. Tak diberi peluang, dia tetap happy dan beredar dengan cara terhormat. Wa respek you la Brader KF Seetoh.
Sepanjang program beliau agak pendiam, tetapi bila ditegur, dia memang peramah dan banyak cakap, hahaha. Cara Mr Seetoh kerja memang terbaik. Tak hirau dengan orang lain, dia komited bila berdepan dengan Food Review. Ternyata pengalaman dia memang sukar ditandingi oleh Food Blogger baru. Sempat juga curi-curi lihat cara dia bekerja dan akan MrJocko apply lepas ni bila ada peluang dengan Food Review.
Kami, rakan-rakan program berbangga dapat bersama belajar serba sedikit info dan bertukar pengalaman dengan Mr Seetoh Makansutra. Harap dapat bersama bekerja lagi dengan Mr Seetoh pada program Negeri Sembilan Food Trail Edisi Ketiga nanti, InsyaAllah.