Mungkin ramai yang dah tahu bahawa dari hari Selasa lepas, MrJocko dalam program Food Trail Negeri Sembilan 2013 dan akan berakhir pada petang hari ni. Sepanjang program anjuran Tourism Malaysia Negeri Sembilan, kerja kami makan, makan dan makan.
Dengan kata mudah, kerja kami bermula dengan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga supper. Bermula hari pertama lagi kami mula jelajah makan-makan 6 kali dalam masa sehari.
Nampaknya selepas program Food Trail 2013 Negeri Sembilan ini mungkin berat MrJocko akan naik dalam 5 kilo, abis la. Program makan-makan ini memang best kerana bukan kerana pasal makan tetapi kerana dapat tahu banyak info-info yang menarik tentang menu makanan terbaik sekitar Seremban dan Port Dickson.
Tunggu entry MrJocko tentang Muzium Tentera, Homestay Pachitan, Avillion PD, Snorkling di Port Dickson dan banyak lagi. Banyak info dan maklumat untuk cuti-cuti Malaysia sempena tahun melawat Malaysia Tahun 2014.