Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala

$
0
0

Kalau anda nak cuba menu yang pelbagai dan ada Sambal Hijau, sudah pasti anda kena cuba singgah di Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala, bersebelahan TTDI. Restoran ini berada di sebelah Masjid Sungai Penchala.

Kat sini ada pelbagai jenis menu masakan kampung, sayuran dan ulaman dan yang pasti menu tarikan masakan ikan, ayam, daging sambal hijau. Pilih saja nak cuba menu apa, dari ayam, daging, ketam, udang, sotong, ikan bakar, ayam bakar, telur,paru, babat, gulai lemak kaki lembu dan macam-macam lagi. Semuanya sedap.

Tengok sahaja menu yang MrJocko dan famili order, semua sangat sedap. Lagipun makan kat sini murah. Semua yang diorder ni hanya RM32 sahaja.

Boleh la singgah makan tengahari atau malam di Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala ni kerana anda mesti akan singgah dan singgah lagi bila dah cuba makan kat sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468