Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Blogger Berbudi Blogger Berbahasa Blogger Memberi Blogger Merasa

$
0
0


Pernah dengan ungkapan Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa? Mesti pernah. Itu lah santun orang melayu dan dikenali sebagai moral bagi bangsa asing. Dalam konteks seorang blogger, ada juga istilah Blogger yang Berbudi, Blogger yang Berbahasa, Blogger yang Memberi, Blogger yang Merasa.

Siapa dia Blogger yang Memberi?
Sepanjang pengalaman MrJocko, ramai rakan-rakan blogger yang memang tidak kedekut ilmu, tidak kedekut event dan tidak kedekut peluang. Mereka berkongsi selagi boleh apa sahaja projek, events, aktiviti dan bloggers opportunity dengan blogger lain. Ada jemputan lebih mereka 'rekemen' rakan blogger lain.

Siapa mereka? Antara yang boleh MrJocko sebut termasuk Shakiddo, BroFramestone, Eyriqazz, Kak Red, Ruby, HafizRahimYanaYassin, CikLilyPutih, Sohoque dan ramai lagi. Mereka memang tidak pernah kedekut ilmu dan peluang.

Siapa dia Blogger yang Menerima?
Kami lah blogger yang menerima. Kami terima jobs atau projek samada advertorial, food testing, product launch atau premiere screening filem terbaru. Dan bila kami dapat peluang tersebut dari rakan blogger, kami menjadi seorang blogger yang berbudi bahasa. Ucap terima kasih kepada INTRODUCER kami dan letakkan backlink blog mereka dengan harapan next job atau advertorial kami akan diperkenalkan lagi.

Begitulah sebaiknya. Bukan niat Introducer untuk menerima pujian atau balasan, tetapi dalam dunia blogging, satu backlink dari seorang blogger lain menaikkan satu taraf seorang blogger tersebut. Anda sebagai blogger menerima tidak perlu hebah besaran, cukup sekadar satu patah perkataan dan backlink. Wallahua'lam.

p/s : Saya blogger yang menerima.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468