Alhamdulillah, selepas bersengkang mata selama sejam setengah, MrJocko berjaya dapatkan 2 destinasi sempena promosi 1,000,000 Free Seat AirAsia pada 17 September 2013. Bukan mudah, beberapa kali cuba dan masuk ke dalam waiting room tetapi akhirnya dapat juga.
MrJocko tunjuk bukti tiket AirAsia murah yang MrJocko dapat semalam. Bukan nak menjnjuk, cuma nak berkongsi bahawa teori yang selalu MrJocko guna untuk beli tiket AirAsia ni selalu menjadi. Mungkin sebab beberapa cara yang MrJocko praktikkan, seperti yang MrJocko kongsi di entry INI Semalam. dan entry lama di SINI Tips Tiket Murah AirAsia Part 1.
Yang penting kalau nak beli, usaha la sikit. Ramai yang anggap, bila ada offer macam ni umpama ia 'bohong semata', 'to good to be true' dan alasan 'susah nak dapat'.
Memang time tawaran tiket murah air asia ni ramai yang cuba, tetapi kalau kita nak, kita kena la join sekali. Cuba beberapa kali. InsyaAllah dalam banyak-banyak kali tu akan ada la sangkut satu atau dua. Masih ada masa, cuba la beli tiket ke destinasi pilihan anda, mana tau anda bernasin baik kali ini.