Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Khalish Dan Hasya Teruja Melihat Baby

$
0
0
Minggu ni oleh kerana Wife muntah alahan teruk sebab mengandung anak ketiga, terpaksa mengalah dan bawa ke Hospital. Sebelum ni pergi klinik perubatan biasa jer, tetapi kali ni kerana lahan yang teruk beberapa hari, terus ke Hospital Pakar. Kami ke Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur.

Memandangkan ini check-up Wife pertama di hospital pakar, kami tiada pilihan kerana belum aturkan temujanji dengan doktor pakar tertentu. Tetapi setakat ini, kandungan dan wife masih dalam keadaan OK, cuma alahan mengandung untuk kali ini memang sangat teruk berbanding ketika mengandungkan Khalish dan Hasya.

Dah alang sampai hospital pakar, terus buat scan perut dan kelihatan baby sudah jelas. Yang paling teruja ialah Khalish dan Hasya kerana pertama kali melihat baby dalam kandungan dan menerusi komputer. Tak henti-henti mereka tanya itu baby ke? Kenapa baby tak nampak muka? Keciknya baby dan macam-macam lagi.

Baru 8 minggu dan jantina belum dapat tahu lagi. Seperti entry sebelum ini, harap-harap kali ini rezeki kami anak lelaki. Mohon doa doa kan yer... Amin.



p/s : kalau dapat anak lelaki boleh la pasni MrJocko hantar ke Sekolah Sukan Manchester United :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468