Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Review Ninetology U9 X1 Vs Samsung Galaxy Note II

$
0
0
Buat pertama kali sepanjang penglibatan MrJocko dalam bidang Blog, menerima tawaran dari sebuah syarikat yang mahukan kami sebagai blogger membuat review dan guna pakai 2 smartphones dalam satu masa serta kemudiannya berkongsi dengan pembaca blog MrJocko tetang kedua-dua gadget ini.

Untuk kali ini, MrJocko diberi untuk menguji satu unit smartphone Ninetology U9 X1 yang berharga sekitar RM1,099 dan Samsung Galaxy Note II berharga sekitar RM1,899. Untuk spesifikasi model Ninetology U9 X1 anda boleh lihat di laman web specs Ninetology X1 dan spesifikasi Samsung Galaxy Note II boleh layari laman web Samsung Mobile Galaxy Note II.





Untuk pembungkusan unit smartphone ini, Ninetology memerlukan storage ruang yang besar kerana saiz pembungkusan satu unit Ninetology X1 muat untuk hampir 3 unit Samsung Galaxy Note II. Mungkin dari segi promosi, Ninetology mahu produk mereka dilihat walau dari jauh kerana kotak pembungkusannya jauh lebih besar dari kotak pembungkusan Galaxy Note II.




Nyata dan jelas, skrin Galaxy Note II jauh lebih besar dari skrin Ninetology X1. Pun begitu walaupun Ninetology X1 hanya menggunakan skrin kecil dan ada ciri-ciri Super Amoled HD tetapi ia memang jelas dan berbaloi dengan harga sekitar RM1,099.

Tak lengkap smartphone jika tidak dengan Camera Video. Walaupun MrJocko bukan jenis yang suka rakam video tetapi untuk perbezaan rakaman video menggunakan Ninetology X1 dan Galaxy Note II ini rasanya Galaxy Note II memiliki lebih keistimewaan kerana kualiti rakaman video Full HD 1080p sedangkan Ninetology X1 cuma rakaman HD 720p sahaja. Pun begitu ia masih begitu jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang tidak begitu terang.

Video rakaman menggunakan Ninetology X1



Video rakaman menggunakan Galaxy Note II




Memandangkan smartphone dan media social tidak dapat dipisahkan, makan sekiranya anda ingin membeli smartphone sudah pasti antara sebab utama yang anda cari ialah kualiti gambar-gambar yang dihasilkan dari kamera smartphone tersebut bukan???

Di sini MrJocko kongsi beberapa gambar yang diambil secara handheld menggunakan Ninetology U9 X1 dan Samsung Galaxy Note II.

Gambar dalam keadaan cahaya normal. Tidak banyak perbezaan ketara kerana masing-masing punyai hasil gambar yang memuaskan.

guna Ninetology U9 X1

guna Samsung Galaxy Note 2
Perbezaan kualiti gambar Ninetology U9 X1 dan Samsung Galaxy Note 2 dalam keadaan cahaya yang sedikit dan gelap.

Ini adalah gambar yang MrJocko ambil ketika berada di dalam Panggung Wayang Gambar (Pawagam). Dalam keadaan cahaya gelap ini memang kita lihat kualiti lebih baik berada di Samsung Galaxy Note II.

Ninetology U9 X1

Samsung Galaxy Note II

Camera phone juga selalu digunakan untuk memotret gambar peribadi. Jom kita lihat beza gambar potret menggunakan Ninetology U9 X1 berbanding Samsung Galaxy Note II. Dengan menggunakan default setting (Auto) untuk kedua-dua smartphone ini, nampaknya MrJocko memilih kelebihan gambar menggunakan Ninetology U9 X1.

Ninetology U9 X1

Samsung Galaxy Note II

Kesimpulannya, secara jujur, kalau diberi pilihan untuk memilih smartphone terkini dengan memiliki ciri ciri processor yang laju Quad Core, kualiti gambar yang baik dan mempunyai fungsi Dual Sim yang membolehkan anda menggunakan dua nombor telefon dalam satu smartphone, model Ninetology U9 X1 mungkin sesuai untuk nilai wang MrJocko. Dengan menggunakan Android Jelly Bean 4.2 dan simpanan data internal 16GB ia memang betul-betul berbaloi untuk wang anda.

Sudah pasti tidak adil kalau nak dibandingkan secara one-to-one dengan Samsung Galaxy Note II yang sememangnya berada di kelas yang lebih atas dari model Ninetology U9 X1 ini tetapi dalam beberapa segi, produk Ninetology U9 X1 ini hampir menyamai kualiti dan performance Samsung Galaxy Note II ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468