Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Yang Suami Perlu Tahu Bila Isteri Mengandung

$
0
0

Hari ni agak penat kerana sejak awal pagi keluar hantar wife pegi check-up di hospital pakar. Masa ni la penting untuk si suami tahu apa yang penting bila isteri mengandung. Ada banyak perkara sebenarnya tetapi MrJocko nak share perkara asas sahaja.

 

 

3 Bulan Pertama dan 3 Bulan Terakhir

Yang suami perlu tahu apabila si isteri mengandung memang banyak. Antara yang utama ialah kena tahu yang isteri anda sedang mengandung. Ini kerana nak elakkan dari isteri anda dari makan benda-benda yang 'tajam' atau buat kerja yang berat sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan. 3 bulan pertama untuk pembentukan bayi dan 3 bulan terakhir untuk kelahiran yang ditunggu. Pernah dengarkan bayi lahir tak cukup matang pada usia 7 bulan?

Pembawakkan Bayi Dalam Kandungan Berbeza

Setiap bayi yang dikandung mempunyai pembawakkan yang berbeza. Ia memang unik kerana ibu yang hamil akan mengalami sindrom yang berbeza di setiap kehamilan mereka.

Risiko Darah Tinggi dan Kencing Manis Bagi Si Ibu

Ramai ibu yang mengandung akan mengalami masalah penyakit kencing manis sewaktu hamil kerana perubahan hormon dan keadaan kandungan bayi. Jadi, peringkat ibu mengandung yang mempunyai penyakit kencing manis sangat kritikal.

Wanita Yang Tiada Senggugut, Senang Melahirkan Bayi

Dari segi rekod perubatan, majoriti wanita yang tidak punyai masalah sakit senggugut biasanya mudah untuk melahirkan bayi. Seperti kes wife MrJocko, anak pertama dan anak kedua diberi rezeki yang mudah, cuma 30 minit dalam bilik bersalin dan wife melahirkan bayi dengan mudah.

Sindrom Morning Sickness

Perubahan hormon ketika mengandung akan menyebabkan ramai ibu-ibu yang hamil mengalami sindrom morning sickness. Di sebabkan itu, mereka akan muntah teruk, loya dan tiada tenaga.

Ibu Yang Hamil Perlukan Makanan

Biasa ibu-ibu yang hamil mempunyai masalah selera makan. Ramai yang tiada selera nak makan dan biarkan sahaja perut kosong. Doktor pakar menasihatkan supaya ibu yang hamil perlu makanan untuk meneutralkan asid di dalam perut. Jika ibu yang hamil kelaparan, ia akan mengaktifkan lebih banyak asid dan kemungkinan muntah akan lebih tinggi.

Cukup itu dulu apa yang MrJocko tahu tentang apa yang suami perlu tahu tentang ibu yang hamil. Semoga ia menjadi panduan dan rujukan untuk kita semua.

p/s : bila wife hamil anak ketiga, kali ni paling teruk...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468