Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Buffet Durian Hanya RM9 Per Pax Di SS2 Petaling Jaya

$
0
0
Mesti ramai yang belum tahu kat mana nak cari lokasi gerai buffet durian yang best kan? Kalau anda hantu durian dan memang nak makan durian jom ke SS2 Petaling Jaya. Kat sini ada tawaran buffet Durian hanya bayar RM9 untuk seorang dan makan sampai kenyang. 

Semalam selepas menghadiri Convo downline kat SS2 Mall, MrJocko dan rakan singgah sini, Buffet Durian yang berada di belakang Balai Polis Sea Park SS2, Petaling Jaya. Nama gerai ni anda boleh cari di laman web www.durianss2.com





Masa sampai sana, hujan agak lebat. Tetapi oleh kerana semangat nak makan durian menebal dan mengatasi segalanya, kami singgah juga. Harga untuk buffet durian di gerai durian SS2 ni cuma RM9 sahaja bagi setiap orang dan makan la sampai banyak mana pun. Oleh kerana dua orang, MrJocko cuma bayar RM18 sahaja. 

Berapa banyak yang boleh MrJocko makan? Cuma 8 biji dan kami makan dua orang sahaja. Burp!!! Alhamdulillah. Untuk buffet durian RM9 satu kepala, ia cuma untuk durian kampung dan datang dari Pahang.  Kalau nak makan surian yang mahal dan lebih sedap seperti Durian Kunyit, D24 AA, Musang King dan macam-macam lagi anda boleh pilih dan harga mengikut harga timbang dan per kilogram.






Durian yang MrJocko makan semalam pun dah best. Burppp!!! sekali lagi. Next time boleh singgah, berbaloi dengan buffet durian SS2 cuma harga RM9 satu kepala :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468