Mungkin ramai yang tahu yang Wife MrJocko kini tengah mengandung anak ketiga kami. InsyaAllah harap semua selamat. Dan untuk kali ketiga ini, memang Wife kena sindrom orang mengandung yang sangat teruk. Muntah, badan lemah dan malas nak buat kerja. Oleh kerana ini, terpaksa la MrJocko ambil alih kerja-kerja rumah seperti basuh pakaian, masak dan jaga anak-anak.
So, hari minggu lepas, MrJocko masak untuk anak-anak. Buat menu mudah jer, masak Sotong Secukup Rasa. Cara nak buat pun mudah.
Resepi Sotong Secukup Rasa
Bahan-bahan :
Sotong - 1/2 kilo
Sos Tiram - 5 Sudu
Kiub Ayam Knorr - 1 Kiub
Perencah Secukup Rasa Maggi
Susu Rendah Lemak - 3 cawan
Garam
Serbuk Kunyit
Bawang Kuning - setengah biji
Cara memasak :
Perap sotong yang sudah dibasuh dan dipotong menggunakan Sos Tiram.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak dan goreng sotong tersebut bersama air perapan tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit.
Bila agak-agak sotong dah separuh masak, masukkan kiub ayam Knorr dan gaul biar sebati.
Masukkan susu rendah lemak dan kacau biar sebati.
Masukkan perencah Maggi Secukup Rasa.
Biarkan ia dalam 10 minit dan bila masak, boleh la di hidangkan :)
Selamat mencuba yer...
For sure la anak-anak MrJocko cakap sedap. Wife pun tambah makan nasi 2 kali :)
p/s: Tunggu resepi lain di blog MrJocko yer...