Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kasih Seorang Emak Kepada Anak-anaknya

$
0
0
Kalau nak diceritakan tentang kasih seorang ibu atau emak kepada anaknya, mungkin kita ada berjuta-juta versi yang boleh membuahkan kita tersentuh, menangis dan hiba. Kasih ibu atau emak, memang kasih yang tiada nilai. Begitu juga dengan Emak MrJocko, Hajjah Basenah.

Hari Rabu lepas, adik MrJocko datang ke KL kerana sudah dipanggil untuk bekerja dengan sebuah syarikat Telekomunikasi terkenal di KL. Alhamdulillah. Naik bas jer dari Kelantan ke KL. Oleh kerana sekarang musim buah-buahan di kampung, Emak MrJocko bersusah payah mengirim satu kotak buah Duku dari kebun kami yang kini sedang berbuah lebat.





Buah duku ini hasil dari usaha MrJocko sendiri menanamnya ketika zaman remaja bersama arwah Ayah. Dah bertahun dah berbuah dan memberikan hasil yang agak lumayan. Cuma sayang, jarang-jarang sekali MrJocko sempat balik ke kampung pada musim buah. Kalau tidak, durian, rambutan, duku, limau bali, buah salak dan macam-macam lagi boleh dipetik di hadapan rumah jer.

Terima kasih buah Hajjah Basenah kerana susah payah hantar buah duku ke KL. Walaupun kat KL pun melambak buah Duku, Rambutan dan Durian, Hajjah Basenah cakap tak sama dengan hasil yang di tanam dengan keringat sendiri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468