Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kenapa Saya Kerja Keras

$
0
0
Sejarah hidup MrJocko ramai yang belum tahu dan InsyaAllah akan dikongsikan satu hari nanti. Yang penting MrJocko memang asal dari orang kampung dan miskin. Waktu kecil MrJocko pernah tinggal di rumah beralaskan batang nibong, berdindingkan buluh dan beratapkan daun pokok nipah.

Peluang untuk sertai Rancangan Persediaan ke PPP Jepun tahun 1996 selepas SPM terpaksa dilepaskan kerana beberapa sebab. Akhirnya MrJocko pilih UiTM (masa tu ITM). Grad Diploma jer terus datang KL untuk kerja.




Oleh kerana pengalaman MrJocko sendiri pernah hidup susah maka semangat untuk kerja dan jadi 'orang kaya' memang menebal. Semasa berhijrah ke KL banyak juga kerja yang pernah MrJocko cuba, siang keja pejabat, malam meniaga di Uptown dan buat buisness kecilan sehingga la MrJocko dapat tawaran kerja di Bank Negara.

Sekarang selepas resign dari Bank Negara, MrJocko masih melakukan beberapa kerja untuk menyimpan duit dan untuk menyara keluarga supaya tidak hidup susah seperti MrJocko. Tetapi, bukan bermaksud untuk hidup bermewah, tetapi supaya MrJocko boleh menyediakan belanja yang cukup untuk keluarga dan anak-anak.

Selepas setahun resign dari Bank Negara, MrJocko sudah boleh menguruskan Agensi sendiri dengan mempunyai kekuatan 18 rakan kongsi. Oleh kerana kerjaya Financial Planner yang sangat fleksibel, MrJocko ambil peluang untuk menjadi seorang blogger. Kenapa? Adakah kerana income sebagai Financial Planner tidak cukup???

Kalau ditanya, gaji sebanyak mana pun tak akan cukup. Tetapi apa yang MrJocko cari ialah kerjaya yang fleksibel. Jadi blogger boleh asah cara penulisan kita dan peluang untuk kita jana income serta bergaul dalam network yang lebih besar. Ini juga satu peluang. 





Ada yang tanya, "Tak penat ke"? Siang membawa ke malam memang penah, tetapi itu lah dia usaha dan kerja keras untuk berjaya. Bukan senang, tetapi kalau kita lakukan secara Istiqamah, InsyaAllah boleh berjaya. Lihat sahaja ranking Alexa MrJocko sebelum ini dan sehingga September 2013, ia sudah cecah 991, satu pencapaian yang MrJocko sangat berpuas hati.

Pandangan MrJocko, ingat la bahawa kejayaan dan kesusahan kita banyak berpunca dari diri sendiri. Seperkara lagi, bersedia la untuk kerja keras dan berjaya. bersedia juga untuk hidup susah. Dan ketika hidup susah, JARANG SEKALI akan ada kawan dengan baik hati datang bertanya khabar dan akan membantu kita. Oleh itu, masa kita susah, hanya KITA SENDIRI (dengan keizinan Allah) boleh kembali berjaya. Jangan sesekali harapkan bantuan orang lain melainkan kita bermula dengan usaha kita sendiri.

Kenapa MrJocko kerja keras, MrJocko kerja keras untuk keluarga dan anak-anak MrJocko, kerana MrJocko sedar, kami bukan datang dari keluarga orang-orang kaya.

p/s : bukan senang nak KAYA, tetapi sangat senang kalau nak SUSAH

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468