Tanggal 29 Ogos 2004, MrJocko dan wife di satukan dalam satu majlis yang serba sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Selang 2 hari, tanggal 31 Ogos 2004 malam, kami mengadakan majlis Persandingan di Dewan Kampo, Bandar Tun Razak.
Gambar kahwin, gambar persandingan semua gambar lama. Untuk kawan-kawan yang tak pernah lihat gambar sanding MrJocko, tengok pelamin sudah la yer... :)
Selepas 9 tahun kami masih berempat. Di kurniakan dua anak perempuan setakat ini. Yang sulung diberi nama Khalisha dan yang kedua diberi nama Hasya. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami seterusnya, kami akan menimang cahaya mata yang ke-3 pada April tahun depan, InsyaAllah.
Seperti biasa, tiada sambutan yang besaran untuk setiap anniversary, hanya cukup ingatan dan keceriaan kami sekeluarga.
Doakan semoga kami sentiasa gembira dan akan terus berkekalan sehingga akhir hayat. Kami sekeluarga insan biasa yang sememangnya Happy Go Lucky dan sentiasa mahu keceriaan.
Untuk Wife, Intan Mardiana, Selamat Menyambut Ulangtahun ke-9 Perkahwinan kita, semoga kita sekeluarga sentiasa 'happy' dan masih berpeluang untuk pusing jalan-jalan satu dunia. Amin,,,