Mungkin ada yang bertanya, kenapa lately banyak company menggunakan blogger untuk tujuan pemasaran produk dan servis mereka??? Sebelum MrJocko jawab soalan tersebut, kita lihat beberapa fakta yang MrJocko pernah baca.
Rasanya bermula sejak tahun 2009, Media Social seperti Blog kini mendapat perhatian syarikat seluruh dunia dalam membantu mereka mencapai sasaran target pemasaran mereka. Sejak revolusi Smartphone diperkenalkan, semua info dihujung jari, kita akan melihat perkembangan Online Advertising ini semakin berkembang pesat sejak dari tahun tersebut.
Blogger mendapat kelebihan dalam perkembangan positif ini yang mana pihak syarikat berlumba mencari Blogger yang berkualiti untuk mereka gunakan dan mengiklankan produk atau servis mereka sebagai salah satu teknik pemasaran yang berkesan.
Mengikut salah satu kajian, hampir 67% syarikat kini sudah mempunyai plan untuk menggunakan social media (blogger) untuk membantu mereka memasarkan produk atau servis mereka. Jadi rakan-rakan blogger sekalian, ambil peluang yang ada dan tingkatkan kualiti blog anda supaya blog anda menjadi pilihan syarikat-syarikat awau wakil agensi pengiklanan untuk menggunakan khidmat anda.
Okay, kita kembali kepada tajuk asal, mengapa syarikat kini mula beralih kepada Blogger atau Media Social untuk memasarkan produk mereka?
1. Informasi kini di hujung jari
Kalau dulu, sekitar tahun 80-an hingga akhir 90-an, kita hanya punya Televisyen atau Internet di rumah untuk kita dapatkan maklumat mengenai berita, cerita dan juga promosi produk selain suratkhabar dan majalah. Namun sejak lahir Smartphone, teknologi 3G kini membawa semua maklumat ke dalam Smartphone dan ia berada dihujung jari. Ramai antara kita kini online 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan.
2. Kelemahan Suratkhabar dan Majalah
Kini, ramai sudah tidak lagi ada masa untuk membaca suratkhabar atau majalah. Memandangkan informasi kini banyak boleh dicapai melalui smartphone, SuratKhabar dan Majalah semakin lama semakin dilupakan. Teknik pemasara menggunakan Suratkhabar dan Majalah rasanya sudah makin merosot. Kenapa tidak, kalau kebiasaannya, satu iklan bersaiz A4 di suratkhabar utama berharga sekitar RM5,000 hanya untuk terbitan pada hari minggu sedangkan dengan RM5,000 pihak syarikat boleh menggunakan khidmat 25 blogger yang mempunyai 1,000 UV setiap hari (bersamaan 25,000 UV sehari dan sebulan boleh cecah seramai 750,000 UV) dan ia akan kekal di dalam blog atau internet selama-lamanya.
3. Konsep Media Social yang menyeluruh.
Seorang blogger biasanya mempunyai akaun Facebook, Twitter dan juga Instagram. Ini belum termasuk akaun Media Social lain yang mereka aktif. Bayangkan produk Syarikat disebarkan melalui Facebook, Twitter, Instagram dan ia kemudian dikongsi dalam network mereka. Bukan kah ini satu teknik pemasaran 'Mouth-to-Mouth' secara tidak langsung??? Of course ini lebih efektif berbanding iklan biasa.
4. Penulisan Blog ada guna konsep 'Review'.
Tidak seperti iklan di TV, Radio, Suratkhabar atau Majalah, pengiklanan atau pemasaran produk dan servis menggunakan Blogger ada kelebihan kerana ada konsep 'review'. Secara mudah, pelanggan yang berpotensi melihat produk dan servis dengan lebih jelas kerana banyak blogger membuat review dan memberi komen mereka secara jelas berbanding iklan tradisional.
5. Ada Interaksi antara Blogger dan Pembaca
Tidak seperti iklan TV, Radio, Suratkhabar dan Majalah, menggunakan khidmat blogger membolehkan pembaca atau visitor meninggalkan komen, pertanyaan, feedback atau apa sahaja berkaitan peroduk tersebut. Labih banyak komen atau interaksi antara blogger yang memasarkan produk dan servis anda lebih bertambah 'kepopularitian' produk dan servis anda.
Kesimpulannya, memilih blogger atau media social untuk mengiklankan produk atau servis sesebuah syarikat memang lebih murah, efisien dan lebih telus berbanding penggunaan iklan di TV, Radio, Suratkhabar atau majalah. Lihat sahaja iklan di TV kalau nak iklan di waktu puncak, anda mungkin akan habiskan sekitar RM100,000 untuk semua kos termasuk rakaman iklan, kos pelakon, kos tambahan dan juga bayaran untuk siaran. Sedangkan dengan menggunakan Media Social, anda boleh jimat hampir 70% dari kos tersebut.
Rasanya, ramai syarikat diluar sana memang menanti peluang untuk bekerjasama dengan blogger atau media social. Kalau anda nampak peluang ini sebagai Blogger, cepat kemaskini blog anda, bina jenama Blog yang mempunyai kualiti tersendiri dan insyaAllah kalau anda berminat untuk menjadi seorang Blogger yang sebenar, anda akan dapat peluang ini dan berjaya seperti RedMummy, Eyriqazz, Shakiddo dan beberapa nama lain yang sememangnya hebat.
Best bila dapat produk, anda guna, anda review dan anda DI BAYAR. Jana income anda dengan Blog, jangan sia-siakan masa anda.
p/s : Nak jadi blogger pun bukan senang oiiiii