Hari Rabu, semalam kita dikejutkan dengan tragedi sebuah bas yang membawa 53 penumpang turun dari Genting Highlands telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung jalan di puncak Genting. Berita yang diterima kata 37 orang terbunuh dan 16 lagi cedera.
Bagaimana bas genting ini boleh terbabas dan jatuh gaung? Apa yang sebabkan bas genting itu terbabas dan terjunam ke gaung? Mesti ramai yang sibuk nak tahu kan?
Ada juga komen dan pandangan kata, memang selekoh tu berhantu, selalu ada kemalangan. Yer ke selekoh tu ada hantu dan sebabkan banyak kereta, bas dan kenderaan lain terbabas? Ingat dalam diri kita, mana ada hantu. Alam Jin dan Syaitan ada la.
Mitos jalan itu berhantu, selekoh ini banyak makan mangsa, kawasan situ ada penunggu selalu juga kita dengar kalau ada kemalangan kenderaan atau bas yang kemalangan seperti kes kemalangan jatuh gaung di Genting ini. Bagi MrJocko, kemalangan boleh dielak kalau semua kita memandu dengan berhati-hati dan perlahan tidak melebihi had laju yang dibenarkan.
Sebagai contoh jalan menuruni Genting Highlands memang punyai banyak selekoh tajam dan curam. Selalu kalau naik dan turun di jalan Genting tu, selalu sangat nampak bas atau kenderaan lain memandu terlalu laju melepasi had yang dibenarkan.
Mungkin disebabkan oleh laju, sedikit sahaja kesilapan menyebabkan pemandu tidak sempat untuk mengawal kenderaan dengan baik dan boleh menyebabkan eksiden. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Situasi ini juga boleh menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada pemandu lain.
Rasanya padangan MrJocko, kalau ada yang katakan selekoh itu berhantu, jalanraya sana keras, jalan ini ada penunggu, memang tak patut. Selalunya kejadian seperti ini kesan akibat kecuaian Pemandu sendiri yang sibuk nak kejar masa. Kalau dah jalan raya macam genting, sepatutnya pemandu membawa kenderaan atau bas dengan perlahan dan rehat yang cukup
Takziah la buat keluarga mangsa yang meninggal atau tercedera dalam kejadian bas jatuh gaung Genting. Harap pihak berwajib boleh tengok balik keadaan jalanraya dari Awana Genting sehingga First World Genting, Untuk driver, bawa la kereta atau kenderaan dengan perlahan. Anda mungkin lambat tetapi jika ada apa-apa, anda masih mampu mengelak kemalangan InsyaAllah.