Baru selesai baca status YB Khairy Jamaluddin yang mengatakan bahawa PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenarai hitam peminjam tegar atau bermasalah di bawah senarai CCRIS Bank Negara. YB Khairy kata, keputusan dibuat selepas Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
So, pada yang sudah takut dengan Senarai Hitam PTPTN dan CCRIS, boleh menarik nafas lega kerana PTPTN tak jadi nak senarai hitam peminjam PTPTN.
Soalan MrJocko,,, buang masa pulak. Cadang, nak implement, pastu batalkan. Cadang idea, nak implement jer,,, ada hero datang batalkan idea yang tak bernas itu. Boleh tak kalau sebelum buat keputusan tentang sesuatu perkara fikir masak-masak, ambil pandangan semua dan dah habis diskusi, baru la decide nak buat atau tidak... Ini semua, nampak macam mainan sesetangah pihak jer???