Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Bermulanya Trip Ke Taipei - KLIA Ekspres

$
0
0

 

Setelah menyelesaikan beberapa kerja-kerja terakhir minggu ni di pejabat Public Mutual Bangsar, MrJocko terus bergegas ke KL Sentral. Terima kasih kepada Mat Din yang ambil dan hantar MrJocko. Kalau tak susah jugak nak naik teksi.

Dari KL Sentral ambil ERL KL Ekspres ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan harga tiket cuma RM35 sahaja bagi satu perjalanan. Ia akan mengambil masa selama 28 minit sahaja dan ia merupakan perjalanan terus tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA. Sangat mudah dan cepat.

 


 

Flight MrJocko ke Taipei berlepas petang karang, tetapi kena pergi awal kerana kami pergi secara berkumpulan. Macam biasa, trip ke Taipei juga merupakan Trip yang di TAJA SEPENUHNYA oleh syarikat dimana MrJocko bernaung sekarang. Bawa duit shopping jer, yang lain, tiket flight, hotel, makan minum, tour semua sudah dibayar ;).

Memandangkan di Taipei, kurangnya Wifi Percuma, tunggu update gambar dan cerita Trip ke Taipei pada sebelah malam. InsyaAllah boleh guna internet dalam bilik. Tak kuasa MrJocko nak aktifkan roaming 3G kerana pernah terkena, kena bayar ekstra RM1,000++ sewaktu trip ke Ho Chi Minh ;(.

Bye for now. Jumpa di Taipei yer.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468