Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Sekali Lagi Pekena Nasi Kari Ganja Bangsar

$
0
0

Kali pertama MrJocko diperkenalkan dengan nasi Kari Ganja oleh seorang rakan di Public Mutual. Lepas Solat Jumaat, kami ke sana untuk beratur menikmati Nasi Kari Ganja Bangsar bulan Jun lepas.

 

Semalam, MrJocko singgah sekali lagi untuk pekena nasi kari ayam ganja sekali lagi. Kebetulan lalu area sana selepas selesai urusan dengan klien. Walaupun seorang diri, pergi jer la. Rasa gian pulak nak makan nasi kari ganja Bangsar.

 

Lokasi kedai mudah sahaja kalau nak cari. Cari Giant Lama di Bangsar Garden, (kini Supermarket TMC) dan kedai nasi kari ganja ni berada di belakang pasaraya TMC. Bila ampai sana, InsyaAllah anda boleh kenal kerana nampak dari jauh sememangnya setiap masa pelanggan beratur untuk menikmati Nasi Kari Ganja.

 

Selalu ada kat sini, Ayam Goreng, Kari Kepala Ikan, Ikan Goreng Kari dan Sotong Goreng. Dan sudah dua kali MrJocko ambil menu lauk Ayam Goreng dan Sotong Goreng cuma RM8.00 sahaja. Murah dan memang sedap.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468