Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menu Best Di Uncle Lim's Kopitiam

$
0
0
Seminggu selepas bulan Puasa, nafsu makan semakin berkobar-kobar. Adoi,,, baru je sebulan dalam 'imtihan' atau ujian menahan nafsu makan sepanjang Ramadhan, lepas beberapa hari sudah tak boleh tahan. Camana ni??? Tergoda dengan menu best Chicken Chop, Nasi Lemak dan Laksa di Restoran Uncle Lim's Kopitiam di IPC Mutiara Damansara.






Sebenarnya kami cadang nak makan kat food court di e-Curve, tetapi bila lalu je Uncle Lim's Kopitiam, teruja lak nak cuba menu kat sini. Lama tak singgah. Last rasanya masa ENTRY INI di tulis tahun 2011. Nampaknya ada menu yang belum kami cuba. Jadi kali ni MrJocko order Chicken Chop untuk wife, Nasi Lemak untuk my kids dan Laksa untuk diri sendiri.

Chicken Chop Uncle Lim ni biasa jer, tak la hebat sangat tetapi Nesi Lemak dia ada rasa original sikit. Aku tengok pun nampak terliur. Dan yang paling best semestinya Laksa. Kuah Laksa yang pekat dengan ikan dan juga sayur mentimun yang dihiris halus serta sayur lain buatkan rasa kuah dan laksa memang sedap.

Next time nak cuba menu roti bakar dan telur separuh masak pulak di Uncle Lim's Kopitiam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468