Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Mahal Ke Beli Lauk Pauk Di Pasar Ramadhan?

$
0
0
Ramai member bila ditanya, mereka jarang singgah di Pasar Ramadhan. Ramai yang selesa memasak di rumah, beli makanan di Cafe pejabat dan juga ada mereka singgah terus di Restoran atau Gerai untuk berbuka puasa. MrJocko sepanjang Ramadhan 2013 ni, tiap-tiap hari singgah Pasara Ramadhan. Maklum la, tak sempat nak masak dan memang lagi senang kalau beli di Pasar Ramadhan.

Ada member berpendapat, masak di rumah lagi jimat dan lagi bersih. Ada yang kata mahal la beli lauk pauk di Pasar Ramadhan. MrJocko pula, berpendapat, dengan family kami sekarang, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, lebih jimat beli kat Pasar Ramadhan. Kalau nak masak, kena potong itu, kena siang ikan, ayam daging. Pastu nak basuh pulak lepas masak, lambat kan? :)

Contoh seperti ini. Biasanya kalau ke Pasar Ramadhan MrJocko hanya budget sekitar RM50 sahaja untuk membeli lauk dan kuih untuk berbuka dan lauk bersahur. Semalam, MrJocko singgah di Pasar Ramadhan TTDI dan bawa RM52. Apa yang MrJocko beli dengan RM52?







Mula-mulanya MrJocko akan survey dulu dari gerai depan sampai ke gerai hujung, apa yang mereka jual dan berapa harga. Bila dah sampai hujung, MrJocko akan pilih menu mana yang MrJocko suka. Macam semalam, MrJocko beli Ayam Bakar Percik, satu peha ayam RM4.00, hati dan pedal RM3.00, burung puyuh goreng RM4.00 seekor, gulai ikan lemak kelantan RM4.00, ikan bakar RM7.00 kuih akok RM3.00, Agar-agar RM2.00 dan air Bandung Cincau RM3.00. Kesemuanya berjumlah RM30.00. Jimat kan? MrJocko boleh buat berbuka dan bersahur untuk kami sekeluarga.




Walau apa pun tak kisah la anda nak masak rumah, makan di kedai atau berbuka dengan lauk pauk Pasar Ramadhan, janji kita ada peluang setiap hari berbuka dengan keluarga tercinta. Itu yang lebih penting. Sama-sama boleh merasai keseronokan berbuka dan sahur bersama keluarga. Bayangkan kalau anda tidak sempat berbuka dengan keluarga, tereperangkap dalam kesesakkan lalulintas bila pulang kerja, rugi kan?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468